DRAZMA

KEPAKARAN KAMI ADALAH HABATUS SAUDA. Kami membantu anda untuk yakin dan percaya kebaikan Habbatus Sauda dan kami membantu anda mendapatkannya secara mudah. Semudah anda menunggu di pintu rumah sahaja.

Tuesday, May 14, 2013

Habbatus Sauda dan orang Islam.


Habbatus Sauda mendapat tempat yang istimewa untuk orag Islam kerana ianya pernah disebut didalam hadis2 sahih yang menerangkan akan kebaikan HABBATUS SAUDA ini.


Hadis-hadis Nabi tentang HABBATUS SAUDA.

Hadis yang diriwayatkan oleh Aisyah ra. Beliau pernah mendengar Rasulullah bersabda:

"Sesungguhnya Al- Habbatus Sauda' boleh menyembuh segala penyalit kecuali Al-Sam". Aku bertanya "Apakah Al-Sam itu?. Baginda menjawab, " Al-Sam itu ialah maut". (Riwayat Bukhari)

Daripada Buraidah katanya: Rasulullah SAW bersabda: "Pada HABBATUS SAUDA' terdapat ubat segala penyakit kecuali mati".

Hadis ini diriwayatkan oleh Abu Nu'aim dalam kitab Al-Tibb dalam himpunan hadis-hadis sahih no. 1819.

Daripada Abu Hurairah, beliau pernah mendengar Rasulullah SAW bersabda: "Pada HABBATUS SAUDA" terdapat ubat bagi segala jenis penyakit kecuali Al-Sam yakni maut".

Hadis ini diriwayatkan oleh Bukhari (10:118-119);Muslim(7:25);Ibnu Majah(2:342);Termizi(2:3 pada edisi Bulaq);dan Ahmad(2:241) menerusi riwayat Sufyan bin `Uyainah daripada Al-Zuhri dan Abu Salamah.

No comments:

Post a Comment