DRAZMA

KEPAKARAN KAMI ADALAH HABATUS SAUDA. Kami membantu anda untuk yakin dan percaya kebaikan Habbatus Sauda dan kami membantu anda mendapatkannya secara mudah. Semudah anda menunggu di pintu rumah sahaja.

Friday, July 5, 2013

Mengapa Serbuk Habbatus sauda yang menjadi pilihan.

Habbatus Sauda di pasaran wujud dalam beberapa bentuk:

  1. Biji-biji hitam yang terus dijual kepada pelanggan.
  2.  Biji yang telah dikisar dan dikapsulkan atau dijual dengan csmpuran lain sebagi kopi atau minuman lain
  3. Minyak Habbatus Sauda yang dibotolkan atau dikapsulkan
Saya memilih untuk memasarakan serbuk dalam kapsul kerana:
  1. Mudah ditelan dengan kapsul bersaiz sederhana 35o gram
  2. Serbuk Habbatu sauda bukan diekstrak oleh itu kita mendapat kebaikan biji hitam ini.
  3. Tidal perlu mengunyahnya dahulu. Biji-biji jintan hitam ini amat pahit dan sedikit pedas.

Wednesday, May 22, 2013

Kenapa saya jatuh cinta dengan Habbatus Sauda.

Sebelum tahun 2010 saya tidak pernah mendengar nama Habbatus Sauda apatah lagi nama saintifiknya NIGELLA SATIVA. Tidak pernah terlintas sedikitnya pun ianya ada disebutkan didalam hadith sahih sekali pun. Perkenalan secara tidak sengaja semasa menguji keberkesanan JINTAN HITAM di dalam Krim DRSNEEZ. Ternyata keberkesanan tindakan ke atas selsema mengundang perasaan ingin tahu mengenai JINTAN HITAM yang rupa-rupanya banyak digunakan didalam kebanyakkan jamu.  Sejak itu lah bermulanya pengambilan habatus sauda dalam berbagai bentuk ...SERBUK dan MINYAK didalam kapsul, Biji HItam Habbatus sauda yang perlu dikunyah, Minyak Habbatus sauda yang boleh diminum terus serta kopinya yang sangat PAHIT. 

Lebih mengujakan rupa-rupanya data base ONLINE juga menunjukkan kajian melebihi 400 "published paper " keatas Habbatus Sauda. Mungkin ini adalah pertalian sebenar antara Hadith Nabi dan sains moden. Kelebihan-kelebihan ini memberi motivasi supaya saya tetap dengan Habbatus Sauda atau JINTAN HITAM ini.

Tuesday, May 14, 2013

Habbatus Sauda dan orang Islam.


Habbatus Sauda mendapat tempat yang istimewa untuk orag Islam kerana ianya pernah disebut didalam hadis2 sahih yang menerangkan akan kebaikan HABBATUS SAUDA ini.


Hadis-hadis Nabi tentang HABBATUS SAUDA.

Hadis yang diriwayatkan oleh Aisyah ra. Beliau pernah mendengar Rasulullah bersabda:

"Sesungguhnya Al- Habbatus Sauda' boleh menyembuh segala penyalit kecuali Al-Sam". Aku bertanya "Apakah Al-Sam itu?. Baginda menjawab, " Al-Sam itu ialah maut". (Riwayat Bukhari)

Daripada Buraidah katanya: Rasulullah SAW bersabda: "Pada HABBATUS SAUDA' terdapat ubat segala penyakit kecuali mati".

Hadis ini diriwayatkan oleh Abu Nu'aim dalam kitab Al-Tibb dalam himpunan hadis-hadis sahih no. 1819.

Daripada Abu Hurairah, beliau pernah mendengar Rasulullah SAW bersabda: "Pada HABBATUS SAUDA" terdapat ubat bagi segala jenis penyakit kecuali Al-Sam yakni maut".

Hadis ini diriwayatkan oleh Bukhari (10:118-119);Muslim(7:25);Ibnu Majah(2:342);Termizi(2:3 pada edisi Bulaq);dan Ahmad(2:241) menerusi riwayat Sufyan bin `Uyainah daripada Al-Zuhri dan Abu Salamah.

Monday, May 13, 2013

PENGENALAN.


Ini adalah antara gambar bunga HABBATUS SAUDA yang popular di internet.